Monday 28 January 2013

Keluhan di hatiku.



Kembali ke bangku ini
melepaskan keluh membebani
resahnya hati 
semakin tidak keruan disakiti
tomahan-tomahan semakin menjadi-jadi
fitnah dan hasutan bermaharajalela didewa dewi
bagaikan santapan ruji sehari-hari
enak dimakan 
dikala perut berbunyi.

Dikatakannya aku yang bermain agenda
mengeluarkan dirinya dan teman-teman penggilap ponggongnya
dari kelompok alam maya
kiranya akulah yang bersalah dan berangkara
walhal sekelumitpun 
tiadalah aku 
berperasangka pada mereka.

Yang nak jadi penyedapnya
dikatakan pula aku pernah bercinta dengannya
membelai kasih di alam maya pada
habis dijaja seantero benua
sampai ada yang bertanya kepadaku,
"Benarkah?"

Aduhai!
Sudah-sudahlah memeluk bayangan diriku
telah aku katakan aku tak mahu
janganlah perasaan perasan menyelubungi hatimu
hidung tak mancung pipi menggebu
kerana sampai bila-bilapun akan tetap tak mahu.

Hilang selera santapanku.

ss/spl/pm ... 28/01/2013.


No comments:

Post a Comment