Thursday 20 June 2013

DENGAN CINTAMU: AKULAH YANG SELALU HILANG


Izinkan aku mengukir arca wajahmu
di ruang ingatanku
untuk aku sentiasa merasa hadirmu
pada setiap hari-hariku
izinkan juga aku melakar bait-bait kata
pada satu contengan rasa
untuk aku gambarkan padamu
betapa aku sangat mencintaimu
juga izinkan aku untuk menyatakan padamu
bahawa pada setiap detak jantungku
sentiasa ada namamu
tanpa pernah kuterlupakan.

Aku ingin sentiasa ada
di saat engkau ada
untuk aku terus menatap wajahmu
kerana pada raut wajahmu itu
ada damaiku di sana
dan di sudut bening mata indahmu
ada kejernihan hati
pun di segaris senyummu
ada jujur dalam cintamu.

…akulah yang selalu hilang
tika cintamu mula menyapa.

Qalam Bertinta
20062013
1145am

No comments:

Post a Comment