Tuesday, 6 August 2013

Assalamualaikum.


Apa guna membuka kumpulan di mukabuku ini, seandainya setiap karya yang dihantar dianggap sampah membanjiri dan mengotori halaman kumpulan. Sekurang-kurangnya buatlah pemberitahuan yang kumpulan ITU tidak membenarkan memuatnaik karya-karya di dalamnya agar setiap ahli tidak terkeliru.

Sesungguhnya kita kena ingat walau ternama pun nama kumpulan yang memakai nama persatuan-persatuan penulis, ia tidak memberi kita lesen untuk menyombong hanya kerana kumpulan mempunyai NAMA. 

Dan ingatlah, setiap yang telah bernama juga bermula dari bawah bukannya terus mempunyai NAMA.

Jangan kerana NAMA kita menggadaikan prinsip perjuangan sastera kita...ingatlah kata-kata Allahyarham SN Dato' Usman Awang...

“… Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan suatu pihak atau golongan sahaja.”
SN Usman Awang (Bisikan Perpaduan)

Dan 

"Seni untuk Masyarakat" yang diperjuangkan oleh Hamzah Fansuri.

Biarlah kita menunduk beresmikan padi dari kita mendongak beresmikan lalang.

Sazalee Sulaiman.

06/08/2013.

"Penulis tidak perlu takut dan bimbang dengan cap mohor propaganda, malah dalam keadaan politik dan ekonomi sekarang ini dan dalam keadaan kehidupan manusia abad dua puluh ini, penulis membikin propaganda daripada ciptaan seni sastera yang bernilai."

- Ceramah yang disampaikan Allahyarham SN Dato' Usman Awang dalam majlis ceramah anjuran Kelab Sosial, Universiti Malaya, 2 Oktober 1969

No comments:

Post a Comment