koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 6 August 2013
RENUNGAN PUJANGGA.
Dari satu anak tangga
sehingga ke duapuluh lapan anak tangga
Ramadan semakin meninggalkan kita
bersuakah lagi dengan kita
di hari muka
bersua muka
mengira usia entah ke mana
entah mati entah hidup atau ke mana
mungkin terpejam mata di perbaringan sana
menghitung dosa atau pahala di sana
bersyukurlah kita wahai manusia
jangan disempitkan akal kita wahai manusia
pemberian dari Yang Esa
kasih sayang kepada hamba-Nya oleh Yang Esa.
Bersyukurlah kita selagi bernyawa.
Sazalee Sulaiman ... 06/08/2013
Nilai, NegeriSembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment