koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 22 September 2013
CEMPAKA DI TANAH WAKAF.
Ayam berkokok nyaringnya bunyi
tekukur menyahut di semak nyeri
tabuk di surau memecah sunyi
cempaka menggebu di pangkal hati.
Tunas muda di dahan menyanyi
dedaun tua disinar mentari
tanah wakaf semerbak mewangi
aroma cempaka di hujungnya tari.
Pepohon merintih ditakik belati
belalang menyorok di kulit yang mati
liang lahad menjemput ditiduri
senyuman cempaka di kunjungan sepi.
Sazalee Sulaiman ... 21/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment