koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 20 September 2013
KAWAN.
Aku,
aku tak pernah membuang kawan
kerana bagi aku sekali berkawan
selamanya akan berkawan
walau beraneka ragam kawan-kawan
walau beraneka agenda berkawan
walau beraneka cara berkawan
walau beraneka terjemahan atas nama seorang kawan
walau kawan menikam di belakang seorang kawan
walau kesetiaan tiada pada seorang kawan
aku tetap akan berkawan
kerana aku sayang kawan-kawan.
Aku tetap memegang etika berkawan
kerana aku seorang kawan.
Sazalee Sulaiman ... 20/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment