koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 19 September 2013
Lipstik itu tidak curang
... kerana!
Lipstik itu tidak bernyawa
tidak pandai bergaya
tidak pandai menggoda
tidak pandai pula beragenda.
Tuannya saja yang mengada
ditempek secukup rasa
secukup meriahnya
sudah ditempek merah inginkan berkilat pula.
Ada pelbagai pilihan citarasa
ada warna tertentu dimahu olehnya
dambaan nafsu bergelora
onar lesu kembali bernuansa.
Kan elok kalau ditempekkan lada merah secukup rasa
pasti merah menyala naiknya
berasap dan berbara
dan nafsu pun terut tercolet gelora.
Yang menikmatinya
dan yang memakainya turut merasa
pedas menggila
aduhai! ... baru tahu serakah itu buta.
Baru kena!
Sazalee Sulaiman ... 19/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment