koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 19 September 2013
terhangat di taman
diceritakan
sang ratu kecantikan
fuyo! solekan tebal licin bak bulan
terdengar bicara bahasa sopan
terbeliak mata dibeli keramahan...
dikhabarkan juga
satu ketika angin gila berpusar menerpa
terselak kain nampak bintik-bintik di jiwa
hitam pekat sepekat malam gelita
buntang mata tak menyangka begitu rupa...
kulit mempesona isi belum tentu sempurna.
CNM, 18/9/13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment