Recent Posts

Thursday, 26 December 2013

BORANG


Celik mata borang terhidang,
Perlu diisi perlu dilengkap;
Dari awal cuti hanya memandang,
Tiba saatnya jemari menyingkap.

Lenguhnya jari kian terasa,
Dari subuh tak berhenti menulis;
Semput terasa lelah perkasa,
Inilah nasib anak bukan kapitalis.

Masuk tahun satu kena isi borang
masuk tingkatan satu kena juga isi borang
kalau tak isi anak kata apa barang
"Semuanya kerana ayah yang tak isi borang"

Segala kemudahan tak dapat walau sebarang
terpaksalah aku menyambung, isi borang.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
26/12/13.

No comments:

Post a Comment