Recent Posts

Sunday, 22 December 2013

~pelaut memandang~

...laut dan langit
bersatu
tiada sempadan memisahkan
jurang marhaen
di bumi
perjuangan

pelaut memandang
kejadian
bagai penceritaan
pengisahan
dalam berkabus 
ada kudus

misteri akal
untuk merungkaikan
di sebalik kejadian
ada kisah
ada misterinya
ada Pencipta

yang Maha Agung
Maha Melakar 
ilham
untuk hamba-Nya
berfikir 
dan bersyukur

di dahi 

~pelaut memandang~

Pelaut Malang 221213.

No comments:

Post a Comment