Recent Posts

Sunday, 22 December 2013

Nasib Baik


Sekolah
tak berapa hari lagi
ramai laki bini
sibuk mencari sana sini
yang terbaik nak diberi
anak tersenyum hingga ke pipi.

Aku tak terkecuali
beli itu beli ini
ada anak bujang seorang lagi
punyai ramai orang tak terperi
beratur nak bayar lama berdiri
akhirnya kucampak ke tepi.

Hoi! Bos
ini barang 'you kena beli'
semua orang pandang apa terjadi
aku selamba angkat kaki
orang membulat mata apa aku peduli
lain kali aku mari.

Astaghrafirullahal-adzim
rupanya aku bermimpi ...

CNM, 22/12/13

No comments:

Post a Comment