Recent Posts

Saturday, 28 December 2013

MENCONGAK MIMPI


Ingin aku bersama
penyair-penyair ternama
menceduk ilmu mereka
yang mampu aku gembala
mencipta nama
di bawah lembayung aura, sastera
di... ,

MALAM PUISI MASYARAKAT RAO
HARI: Sabtu 28 Disember 2013
JAM: 8.30 malam
BERTEMPAT: Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jalan Caldwell off Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh
SEMPENA: Majlis Perasmian Festival Adat Masyarakat RAO

Jom datang beramai-ramai, masuknya PERCUMA

:aku tak dapat pergi
tak dapat cuti
aku hanya mampu berkongsi 
di sini
menyeru teman-teman menghadiri
memenuhi ruang acara diberi
sementara aku mencongak mimpi
untuk aku berdiri
sama tinggi tanpa kerusi.

Masih belum ada rezeki.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
28/12/13.

No comments:

Post a Comment