Ajari aku bagaimana untuk aku lepaskan perasaan itu...
Entah kenapa aku masih juga ke situ
mencari serpihan kenangan yang mungkin tercicir di sebalik guris-guris luka kelmarin
tanpa serik mengejar kasih yang semakin jauh
tidak jemu menyelam lubuk cinta yang semakin cetek rindunya
kerana padaku semua tetap sama
selagi matahari menghadirkan bahangnya
selagi bulan menyinarkan cahayanya
rindumu kubawa hingga hujung nyawa
~danhayati~
090114 07:59am

No comments:
Post a Comment