koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 2 January 2014
ANUGERAH
Setahun datang setahun pergi
tidak menyempat panasnya kerusi
usia menginjak tidak berhenti
selagi nafas belum terhenti.
Tidak berundur walau seinci
walau dihenti langkahan kaki
ubun-ubun kering sendiri
saat mentari tegap berdiri.
Aku bersyukur anugerah-Mu Ilahi
tidak pernah sekali aku kesali
usia meningkat mematangkan diri
kini kukenali erti kasih sejati.
Kepadamu teman; ucapan, aku hargai
kan kukalunginya sebagai azimat di tangkai hati
ucapan terima kasih dari hati ke hati
juraian tangisan di mataku; biarlah membasahi.
Aku bagaikan melukut di jelapang padi
mengharap kasih pada yang sudi.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
02/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment