Recent Posts

Wednesday, 15 January 2014

BAHASA BANGSA


Bahasa cerminan bangsa
tiada bangsa tanpa bahasa
setiap negara ada bangsa
setiap bangsa ada bahasa.

Tetapi aku kehilangan bahasaku
walau tetap berbangsa melayu
di mana silap-salah bangsaku
sehingga bahasa kehilangan bangsaku.

Bahasa cina ada Chinanya
bahasa india ada tamilnya
bahasa melayu hilang melayunya
bahasa Malaysia kini diperkasa.

Oh! Bangsaku.

Oh! Bahasaku.

Bangsa berjaya bangsa bersatu
bahasa Malaysia adakah bahasa melayu?

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
15/01/14.

No comments:

Post a Comment