Recent Posts

Thursday, 2 January 2014

BANGSA SOMBONG


Bila berkata biar ada terasnya
fahami bentuk binaan
dan fahami juga bentuk karyanya
lenggok bahasa
dan yang paling asas
lakukan kira-kira.

Jika tidak tahu
pedalami dahulu segala ilmu
jangan mencemuh jangan menghina
usah mencerca
nanti terpalit arang di muka
hitam bicaranya.

Tahun baru jangan dimulakan sengketa.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
01/01/2014.

No comments:

Post a Comment