Friday 17 January 2014

CAHAYA DI ATAS CAHAYA


Pedihnya kulit
di kanan wajahku
mentari bercahaya
teriknya haba

sengaja kubiar
menampar mesra
payung menguncup
kubiar bertutup

anugerah Jumaat 
kusedut berzat
cahaya Ilahi 
sebagai keramat

di minda berazimat.

Wahai aku!
Wahai manusia!
Wahai insani!
Wahai umat!

Cahaya Pengasih
melimpahi kita
usah terleka
usah berdusta

buktinya ada 
cahaya di atas cahaya,
usah dibutakan mata
hati dan minda.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
17/01/14.


No comments:

Post a Comment