koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 3 January 2014
CAP KIPAS UDANG
Resmi udang
memang sedap dimakan
jadi kegilaan
tapi awas
gaut akan menyerang.
Resminya juga si udang
telanjang di dalam kehidupan
badan tembus di pandangan
nampak isi dalaman
najis harian diperhidangkan.
Itulah juga resminya
manusia yang suka mengipas
kipasnya cap kipas udang
akal tidak digunakan
kerana najis membebankan.
Hai! Masih ada lagi yang berkeliaran.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
03/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment