Thursday 2 January 2014

CETERPEN: AKU SEORANG MAKNYAH?


Aku berlari dan terus berlari...masih lagi berlari sehinggakan aku rasa kakiku bagai tidak berjejak di bumi kerana pantasnya aku berlari. Yang aku tahu aku harus terus berlari menyelamatkan nyawaku yang tidak sepertinya ini. Kutinggalkan sepatu dan tas tanganku, kubuka langkah seribu. Yang penting aku selamat tidak tertangkap oleh penguatkuasa yang menghambatku. Nasib baik aku pakai skirt, kalau pakai blaus panjang, tak ke haru. 

Inilah kisah aku. Nak kata lelaki bukan, wanita pun bukan. Hidup di dalam dua alam atau lebih popular dipanggil 'Maknyah'. Sedang aku berlari dan berlari bagaikan Rabuan Pit(masa tu Rabuan Pit memang popular selain Carl Lewis pelari pecut dunia), entah macamana aku tersepak tunggul yang dari mana datangnya di tengah jalan itu; terjatuhlah aku.

Yang nak dijadikan ceritanya, punyalah lama aku nak jatuh tersembam muka di jalan raya. Rasanya bagai di atas awan oleh penerjun dari kapal terbang. Terapung dan terus terapung rasanya mahu juga 5 minit jatuhnya dan akhir sekali bila jatuh ke muka bumi itu aku rasa bagai jatuh di atas tilam yang gebu. Masa tu aku tutup mata. ya lah! Gerunlah katakan. Tak tahu apa impaknya.

Bila aku buka mataku, aku lihat tilam yang aku rasakan terjatuhnya aku tadi rupa-rupanya adalah kawanku si Bob yang badannya gempal dan gebu. Ada di bawah tubuhku. Punyalah menyinga si Bob, habis diperhambatnya aku malam itu.

Rupanya aku bermimpi. Aduhai!

Sekian, tamatlah ceterpen aku ini.

P/S: Namanya pun ceterpen kan? Jadinya pendeklah cerita ini. Hihihi...jangan marah ha!...dan sebenarnya aku memang lelaki tulin bukan maknyah. Itu hanya mimpi aku.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
01/01/14.

No comments:

Post a Comment