koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 11 January 2014
ENGKAU BUMI AKU MARHAEN
Kehidupan marhaen
perlukan angin darat-pasangnya laut
sehari-hari
dalam membajak-dalam menjala
buktinya bersaksi
betapa marhaen mengasihi.
Ribut didampingi
tanah jerlus dibinakan titi
walau belikat berbunyi
dirapatkan pintu gerun di hati
cerun kasih marhaen suci.
Begitulah golongan marhaen menggambarkan
tentang kasih sayang-cinta abadi
saling perlu memerlukan di muka bumi
sentiasa bernaluri
akalnya mencari, inginnya memiliki
nafsunya seorang lelaki.
Kasih sayang harus disemai
cinta harus dibajai; belai
barulah hidup bertoleransi
marhaen dan bumi berkongsi
dua jasad satu hati.
Akulah marhaen engkaulah bumi.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
11/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment