Thursday, 9 January 2014

MENDIANI KERSANI


Sunyi terasa pagiku ini
embun meniti rumput berdiri
periukku hitam belanga insani
sujud bersyukur fakirnya bumi
dalam menggalas hidup hakiki.

Kudrat berlipat lurus kembali
jiwa yang malas aku sanggahi
tegapkan diri kukuhkan hati
pagi mendatang kualaskan dahi
demi permata aku kasihi.

Pepatahnya diri aku kiasi
dengan saudara aku halusi
agar menjadi kudrat kersani
kukuh berdiri di bumi Ilahi 
dilimpahi dian bercahaya mentari.

Benih kulempar teratai yang tumbuh. Kainku tenun selendang kurengkuh. Di malam hari bulan tak jatuh. Bintang mengeluh langit nak runtuh. 

Malam Jumaat aku tak kecoh. Belikat terikat heboh tak heboh. Lutut yang lenguh perjalanan yang jauh. Walau bertatih tetap kurempoh.

Nafas di dada tetap kuhela. Kasih Yang Esa.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
09/01/14.

No comments:

Post a Comment