koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 9 January 2014
PERJALANAN
Pokok-pokok di sepanjang jalan bertanya,
tanyanya mahu ke mana?
Entah! Jawab kakiku.
Batu penanda jalan juga bertanya,
tanyanya ke mana tujunya?
Entah! Begitulah jawapan kakiku.
Bayu menerpa lantas turut menyapa,
ke manakah gerangannya hala tujumu?
Kakiku letih, tidak tahu hendak menjawab. Lantas kakiku bertanya kepadaku, tanyanya; kita mahu ke mana tuan? Sudah jauh perjalanannya.
Aku tidak menjawab. Hanya teruskan sahaja langkahan kakiku. Kerana aku juga tidak tahu, arah perjalananku.
Alam terdiam, leka memandangku.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
08/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment