Thursday 16 January 2014

REZEKI ADA DI MANA-MANA


Kepada para peniaga
usah menyalahkan peniaga lainnya
seandainya pelanggan lari meninggalkan kita
menukar arah selera mereka.

Kita ada agama yang dianuti
kita ada Allah, Tuhan pemberi rezeki
dan ingatlah di dahi
kita ada qadak dan qadar-Nya tersendiri.

Dia Yang Maha Berkuasa
bila-bila masa sahaja akan ditarik-Nya
rezeki yang diberi hanya sementara
seandainya tamak dan haloba dijadikan raja.

Apa guna memonopoli harga
kerana tamak, harga diletak menggila
ya lah! Hari ini kita sombong
kita rasa ego melambung
Warung kita, warung yang ulung.

Hari esok! Kita tidak tahu
yang bakal terjadi hanya Allah yang tahu
rezeki yang datang mungkin terganggu
warung baru akan memacu
ditunggangi bayu di pagi yang baru.

Tak guna bersengketa
tengok dahulu di mana kesilapannya kita
peniaga baru usah dipersalahkan mereka
kerana haloba kita
pintu rezeki ditutup Tuhan yang murka.

Berlapanglah dada
kembalilah mencari rezeki yang direda.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
16/01/14.

No comments:

Post a Comment