koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 10 January 2014
SEBIJI PANADOL
Sebiji tak jalan
sakit kepala tetap menyengat
harus diambil dua biji
barulah lega
terus bersemangat
bolehlah aku buat kerja
mencari rezeki.
Tetapi!
Kisah ini... ,
bukan hanya berkisarkan sakit kepala
tetapi tentang harganya juga
yang kini berharga 80sen sebiji
di kedai runcit tempat aku
aduhai!
Sakit kepala kembali terasa.
Segalanya naik
tiada yang tidak naik
melainkan naik belaka.
Takkan tak ada kot
bendera naik
ada benda yang jatuh
harum mewangi.
Entahlah!
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
10/01/14.
Nota kaki:
Rangkap pertama: Tentang kesakitan penulis.
Rangkap kedua: Tentang harga.
Rangkap ketiga: Tentang perasaan penulis.
Penegasan pertama: Berhenti sebentar sebelum menyambung ceritanya.
Penegasan kedua: Keluhan penulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment