Tuesday 14 January 2014

SENI YANG DIPERJUANGKAN


Di awal pembentukan ASAS 50 Ada dua jenis seni yang sering didebatkan:

1) Seni untuk seni yang membawa maksud seni adalah untuk golongan seni. Tidak boleh dicampuradukkan gerakan politik di dalam karya.

2) Seni untuk masyarakat yang membawa persoalan darurat, nasib kaum buruh dan ketidakadilan sosial yang selari dengan slogannya. Lantang membicarakan nasib rakyat.

Sekarang setelah lebih 60 tahun pembentukan ASAS 50 ini ada satu lagi jenis seni yang diperjuangkan seseparuh angkatan sasterawan moden terkini yakni:

3) Seni untuk mengampu yang melebihkan keuntungan sendiri dari memperjuangkan nasib rakyat jelata dalam karya-karya mereka. Apa sahaja perjuangan yang cuba dicetuskan melalui penulisan akan dibidas waima kesilapan ejaan turut dijadikan bahan sendiran mereka.

Tepuk dada tanya selera.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
14/01/14.

No comments:

Post a Comment