Sunday 19 January 2014

SYAIR KERANA IDAM AKU KERUGIAN


Semalam aku tinggalkan kekasih
di kaki langit cahaya selisih
kala mentari senyum melirih
berona jingga kekasih merintih

kuselusuri malam kelam dan hitam
mencari sinar bulan diidam
bagai kelip-kelip terbang berkalam
di langit hitam kuutuskan salam

namun malam penuh wajahnya
penuh duka penuh ranjaunya 
tiada cahaya membawa bahagia
hanya gelita menyentuh lara

kutoleh kembali ke perdu waktu
mengharap kekasih setia menunggu
namun sayang malang nasibku
kekasih kutinggalkan tiada di situ.

Kerana idam rugilah aku.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
19/01/14.


No comments:

Post a Comment