Wednesday 4 July 2012

PUISI PALSU


Menitip kata bagai ahli philosopi
penuh madah, penuh falsafah
penuh peringatan, penuh wawasan
penuh wardah
penuh juga tipu helah
bagai haram jadah
menikam jarum di bukit berlurah
tak sudah-sudah bersumpah seranah
dah terantuk baru nak terngadah
ingatlah sikit jangan macam-macam kerenah
meludah ke langit tetap jatuh ke tanah
cubalah ... engkau tadah.

Adey chit! ... sudah-sudahlah!.

ss/spl/pm ... 3/7/2012.

No comments:

Post a Comment