Hutan beruban
diliputi dedaunan dara
sombong lagaknya
angkuh gayanya
riak haloba
belum tentu selamat hidupnya
kerana pucuk muda
yang menjadi kebanggaan di dada
yang menjadi keegoan berpiala
pasti akan dicabut
direntap dari tangkai kamarnya
oleh tangan-tangan berbisa
penjarah dan peneroka
perogol dan pendera
rakus di jiwa
merah matanya, busuk hatinya
dan akan tinggallah hutan beruban
selama-lamanya beruban
memutih di dadanya.
Sedarlah, api tidak akan memilih mangsanya.
ss/spl/pm ... 3/7/2012.
No comments:
Post a Comment