koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 13 December 2012
Hitam putih kehidupan.
Betapa kalutnya jiwa dan sanubari
hitam putih mewarnai
relungan hati
di dada langit berperca sunyi
berhembusan bayu iri
berbirat sepi.
Aku masih lagi di sini
tercegat berdiri sambil memerhati
warna-warna pelangi yang semakin mati
berkerut-kerutan di dahi
di dalam mencari sebuah identiti
aku sendiri.
Hitam putih kehidupan membungkam diri.
ss/spl/pm ... 13/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment