Tuesday 1 January 2013

Bunga-bunga bangsaku II.



Wahai kaubunga, anak bangsaku!

Masih mekarkah kelopakmu
atau telahpun layu di kelangkang nafsu,
masih adakah lagi mahkotamu
atau telahpun direntap kasar dari dirimu.

Cuba kauselak celana dalammu
masih betulkah lagi kedudukannya
atau telah berubah 
dari kedudukan asalnya. 

Menangis tiada berguna seandainya benar segala tekaanku
kerana engkau sendiri yang mendorongnya berlaku
sewaktu terkinja-kinja 
menayangkan ponggong manjamu.

Di kelab-kelab berhapak dan berdebu
tanpa pengetahuan ibubapa penjagamu
setelah mencuri keluar 
melalui jendela kamar tidurmu.

Meraunglah semahu-mahunya kamu.

ss/spl/pm ... 01/01/2013.‎


No comments:

Post a Comment