koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 18 January 2013
Syair Penglipur Lara.
Titian hasrat menyambung bina
satu ikatan dua jiwa
tidak terlerai pasti dilaksana
penyambung zuriat warisan bangsa,
menggamit mesra ikatan cinta
bersaksi taulan sanak saudara
ijab dan kabul lafaz dikota
tersenyum ria ayah dan bonda,
hajat terpatri kekal selamanya
ajal dan maut pemisah lara
bercerai taklik jauhkan dipinta
mohon direstu Allah yang Esa.
Moga harmoni kekal bahagia.
ss/spl/pm ... 18/01/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment