Sunday 28 April 2013

BERSALAHKAH AKU



Masih bersalahkah aku
setelah semua mahumu kuturuti
melayan setiap tingkahmu
biarpun terkadang sumbang
namun kerana sebuah kesetiaan
aku masih mampu tersenyum
biarpun hati tersayat pilu.

Masih bersalahkah aku
bila setiap rasa cinta yang ada
seikhlasnya kupersembahkan padamu
menyerahkan kejujuranku tanpa persoalan
sedangkan engkau sering mencipta jurang
yang semakin menjarakkan ikatan ini
ikatan yang pernah kita paksikan
di juzuk hati engkau dan aku.

Bersalahkah aku
bila perasaan ini semakin menjauh
setelah setiap pengorbananku
atas nama cinta ini.
tidak pernah engkau hargai
apalagi untuk engkau kenangi
malah engkau mula menyalakan apibenci
yang kini semakin membara dan menyala
di setiap sudut dalam dirimu.

Bersalahkah aku
bila cintaku pun
mula berpaling arah.

Qalam Bertinta
28042013
1225pm
BERSALAHKAH AKU

Masih bersalahkah aku
setelah semua mahumu kuturuti
melayan setiap tingkahmu
biarpun terkadang sumbang
namun kerana sebuah kesetiaan
aku masih mampu tersenyum
biarpun hati tersayat pilu.

Masih bersalahkah aku
bila setiap rasa cinta yang ada
seikhlasnya kupersembahkan padamu
menyerahkan kejujuranku tanpa persoalan
sedangkan engkau sering mencipta jurang
yang semakin menjarakkan ikatan ini
ikatan yang pernah kita paksikan
di juzuk hati engkau dan aku.

Bersalahkah aku
bila perasaan ini semakin menjauh
setelah setiap pengorbananku
atas nama cinta ini.
tidak pernah engkau hargai
apalagi untuk engkau kenangi
malah engkau mula menyalakan apibenci
yang kini semakin membara dan menyala
di setiap sudut dalam dirimu.

Bersalahkah aku
bila cintaku pun
mula berpaling arah.

Qalam Bertinta
28042013
1225pm

No comments:

Post a Comment