Friday 19 April 2013

Malam Jumaat yang dahaga.



Dinginnya malam ini 
menggigit tulang hitamku
merayu cumbu
ghairah bertamu 
dingin kurasa - kehangatan berkuasa 
belenggu jiwa, menggasak dada.

Dahaga kurasa
rakus di dalam haus
mendengus di dada - merengus di minda 
dahaga yang datang di malam Jumaat membawa gelora
madu didamba, madu rumahtangga
nafsu meminta; meronta.

Andai dahaga merengus 
perigi syurgamu kudamba 
bergayungkan bibir, meleraikan dahaga
agar dengus tidak lagi meresah, tidak lagi menghimpit 
dan nafasku seimbang, lega di tepian ranjang
melunjur dan mendepangkan tangan.

Tidak lagi akan kukeluh 
tidak lagi akan kumerusuh
begitu nikmatnya kemanisan madumu 
begitu buasnya rengkuhan nafsuku 
dalam sua dan gigil - cunggap dan getar
madu terjamu di bibir.

Maka hilanglah dahaga
dalam lena asyiknya pesona 
nikmat madumu kurasa 
tidak akan lagi gelora menggila
di malam Jumaat gelisah, membawa desah.

Terdamparlah kita.

ss/spl/pm .. 18/04/2013.

No comments:

Post a Comment