Saturday 27 April 2013

Jujur.



Jujur kukatakan! ... aku kecewa
amat kecewa sebenar-benarnya 
dengan sikap teman-teman
yang tiada mahu berkerjasama
menjayakan acara yang diadakan untuk semua
mengupas dan memberikan pandangan
agar dapat kita bersama, semua
memperbaiki karya-karya kita 
di hari muka.

Kalau enggan turut bersama
dan tidak mahu memberikan sepatah dua kata
menurunkan ilmu di dada 
berkongsi ilmunya
kalau tidak 'online' tak apalah 
ini jelas pada pandangan mata, jelas tertera 
mereka ada
dengan menyukai komen-komen yang tertera.

Entahlah ... ,
entah mengapa dan di mana silapnya
aku tak tahu
mungkin juga majlis ini hanyalah sekadar majlis picisan
yang mungkin tidak menarik untuk diperkatakan
tidak diikhtirafkan oleh ahli majlis
pemuisi seantero dunia.

Bagiku
cukuplah walau hanya ucapan tahniah
itu sudah memadai rasanya
kerana bagiku 
majlis ilmu tidak seharusnya disia-sia 
sebegitu sahaja.

Jujur aku katakan juga
aku hampa dan amat 
... amat rasa kecewa.

ss/spl/pm ... 27/04/2013.

No comments:

Post a Comment