koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 9 October 2013
50pp: Motivasi Malam
Kita sering diuji,
dengan pelbagai realiti,
ada yang disedari ada yang tak disedari,
pahit datang menaji,
manis tiba menyeri,
semuanya ketentuan Ilahi,
tidak terdaya melepas diri,
yang mampu hanya menyusun jari,
manadah tangan dengan hati suci,
mohon distabilkan emosi,
jalan pilihan direstui,
pendirian jadi harmoni,
tabah menghadapi,
tiada keluh bermelodi.
CNM, 8/10/13, BBBangi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment