Recent Posts

Thursday, 24 October 2013

Ego


... bagaikan gunung Everest
kalau tidakpun,
bagai gunung Kinabalu
tak boleh ditegur;
ditegur sikit mula merajuk
walau yang ditegur perkara elok
untuk memartabatkan bahasa tercinta
agar tiada dibuat jeruk.

Mulalah tidak mahu bersama
mesra juga telah tiada
kumpulan asal bertapak dipandang sepi
kerana tiadalah kumpulan itu,
beraroma kopi
dialaskan pula bertalam
dijamu dengan sepinggan kueh talam
bertalamkan ... dua muka.

Egonya ... sungguh,
tinggi.

Sazalee Sulaiman ... 22/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment