koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday 24 October 2013
ENGKAU BUKAN UNTUKKU
Kenangan itu sentiasa ada
kerana di setiap helaan nafasnya
kita pernah bersama
dalam hembusan yang satu
melakar tinta suka dan duka
biarpun jarang berbicara
namun antara kita telah lama mengerti
ada cinta yang telah terbina
ada rindu yang datang menyapa
dan kita jatuh dalam asyiknya asmara.
Kita telah mencuba
membina pelamin nyata
untuk bersama duduk di atasnya
dengan siraman aroma cinta
yang kita adun
dalam rasa yang sama
namun kecundang
bila jarak mencipta alasan.
Kini
kuselak helai demi helai
akan setiap lembarannya
dan di helaian terakhirnya
kutemui satu jawapan
...engkau tercipta bukan untukku.
Qalam Bertinta
Klang
21102013
2151pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment