Recent Posts

Thursday, 24 October 2013

GURINDAM BONDAKU SAYANG


Wahai bonda, bondaku sayang
kutahu dikau menantiku pulang.

Wahai bonda, bondaku sayang
andai saja dikau merasai hatiku yang walang.

Wahai bonda, bondaku sayang
meronta hatiku ingin pulang.

Wahai bonda, bondaku sayang
air mata kerinduan sering berlinang.

Wahai bonda, bondaku sayang
dikau sentiasa daku terkenang.

Rintihan rindu dan kasih buat bonda seorang
dari anakmu nun di perantauan.

ZIE 24/10/2013


No comments:

Post a Comment