koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 9 October 2013
PANTUN MATI
Buah salak si buah remia,
bunga kenanga di atas batu;
mati tidak mengenal usia,
datangnya juga tak kira waktu.
Turun ke laut untuk mengail,
hingga ke subuh terasanya penat;
bila maut mula memanggil,
tidak ditangguh walau sesaat.
Limau purut masak sebelah,
bunga kantan subur di laman;
sebelum maut datang menjengah,
sediakan amalan sebagai bekalan.
Pokok meranti di Pulau Pandan,
ditebang laksamana bersungguh-sungguh;
andai mati yang ditakutkan,
itu bermakna iman tak teguh.
Daun jati luruh ke tanah,
hingga ke senja menyapunya jenuh;
hidup dan mati rahsianya Allah,
amalkan sahaja apa yang disuruh.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
1315pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment