koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 9 October 2013
Renungan Pagi.
Assalamualaikum.
Senyum...,
'...senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum tak perlu bayar apa-apa. Senyum tak dipinta ganjarannya. Tapi senyum!...senyuman diminta balasan senyumannya'
Senyumlah kepada semua, ibubapa, anak-anak, kawan-rakan, majikan(bos), pemandu bas sekolah, pemandu bas kilang, pemandu teksi, cikgu-cikgu dan para guru. Juga senyumlah kepada semua manusia yang berselisih bahu dengan kita walau kita tidak pernah bertegur sapa dan tidak mengenali mereka. Biarlah apapun jua tanggapan mereka...janji di hati kita ikhlas dalam memberikan senyuman. Cuma jangan terlebih senyum sudahlah, nanti dikatakan pula kita mahu mengurat mereka.
Senyumlah bila hanya berdua bertugas di dalam sesebuah pasukan...kerana dengan senyuman hati yang gundah, bernanah akan mimpi yang tak sudah di lena kita di cadar yang basah akan menjadi penawar yang indah. Jangan menunjukkan muka yang masam kerana bila kita bermasam muka secara terusnya akan membuat orang yang memandang kita akan turut bermasam muka; PARAH. Tak elok jadinya bila hanya kita berdua di dalam sesebuah pasukan...kerja akan menjadi payah.
Senyumlah kerana dengan senyuman yang indah akan mengukuhkan siratan ukhuwah.
'Senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek, senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek'
Renungkanlah.
Sazalee Sulaiman ... 08/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment