koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday 21 October 2013
Sidang Tok Penghulu.
Apabila penghulu bertemu penghulu
bukan bersidang yang dijamu
lebih kepada beramah mesra
mukadimah lenyap entah ke mana.
Canda-bercanda gelak tertawa
tak kering gusi gamat dibuatnya
ukhuwah persahabatan terpaut rapi
kekal termateri tautan abadi.
Penghulu Bangi menonjol rupa
kacak bergaya segak dan manis orangnya,
penghulu Nilai tersenyum bersahaja
kawal macho gigi tiada,
penghulu Seremban penghidup suasana
sayang wajahnya tidak dapat dikongsikan bersama,
wakil wanita tidak terlepas kedatangannya
sungguh manis dan jelita mereka berdua.
Cikgu Nik Mie, Angah Arie, Lina Mahat dan akak Norlidar Lidon
penghulu Nilai mengucapkan salam sejahtera
di lain hari, insya-Allah bersua lagi
kita semua.
Terima kasih daun keladi
lain kali bolehlah belanja lagi
... hik hik.
Sazalee Sulaiman ... 20/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment