koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday 7 December 2013
ANTIBIOTIK
Nasihat doktor:
Pesakit harus habiskan antibiotik
selain ubat berkaitan diberi
kalau tidak; macam mana sakit nak baik
selain menguatkan badan
mencegah pembiakan.
Atau memusnahkan mikroorganisma lain
tidak nampak oleh mata.
Nasihat pesakit:
Beri antibiotik biar ikhlas.
Janganlah beri hanya sekilas
sebiji tiga kali sehari, mana kelas
cukup ke tiga hari untuk sembuhkan badan?
Tak mahulah nanti, sakit berulang
mengusung datang
jelang.
Duit dan masa melayang.
Sazalee Sulaiman ... Nilai, N.S
07/12/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment