Tuesday 3 December 2013

BUNGA SYURGA.


Kerana Engkau kekasih
yang awal dan akhir
kupanjat do’a
mencium bunga syurga
yang Engkau janjikan
di sepertiga malam.

Aku ingin
menumpah setia
dalam pelukan
biar tersungkur
hancur dan lebur.

Hangus terbakar
asa bergetar
zikir hilang
lalu menjadi cahaya
zat yang Esa.

SRI MAWAR
Kuala kurau
Perak
2 Dis 2013

No comments:

Post a Comment