Monday 2 December 2013

MELUKUT HANYA SEGANTANG

Tanah bendang
seluas 
mata yang memandang
anak-anak girang
berlari
badan tidak berbenang
berkejaran 
main layang-layang;
sungguh riang.

Namun Pak Tani
terkebil 
mata memandang ke longkang
hati terasa walang
kerana langit mula berdendang
sayang disayang
karma Disember menjalang
untung dicongak
dagang.

Di gudang... ,

MELUKUT HANYA SEGANTANG.

Sazalee Sulaiman ... Nilai, N.S.
02/11/13.


No comments:

Post a Comment