Tuesday 17 December 2013

SKETSA DRAMA TENGAH HARI


Seorang bapa pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Sampai di rumah, bersepah najis anak-anak kucing di tepi dinding...sedangkan dua orang anaknya sibuk main game dan seorang lagi masih tak bangun tidur. Terbongkoklah si bapa membersihkan najis kucing tidak mahu bising-bising. 

Si bapa meminta tolong dengan anaknya untuk mengambilkan plastik untuk mengisi kertas surat khabar yang penuh najis kucing. Anak dia kata nanti sekejap, dia nak buang air besar dahulu.

Puas menunggu (lamanya si anak dalam tandas) dia bangun ambil sendiri. Tak lama lepas tu anaknya pun keluar dari tandas bermuka selamba. Selepas diisi di dalam plastik si bapa masuk ke tandas untuk mengambil mop buat membilas lantai yang masih bersisa bekas najis tersebut. Alangkah marahnya hati si bapa...rupa-rupanya dalam tandas lagi banyak najis mak kucing.

Bapa: "Apa nak jadi dengan masing-masing ni...duduk dalam tandas punya lama tak bau busuk ke najis kucing ni. Tak ada ke dalam hati nak meringankan sikit orang tua. Jiruslah, bersihkanlah...tolonglah ringankan sikit tangan tu. Tahan duduk dalam tandas lama-lama. Bangun tidur mengadu lapar, minta duit nak beli lauklah dan sebagainya. Lepas makan hilang ke CC...apa nak jadi ni"

Si bapa buatlah juga kerja cuci mencuci tandas pula selepas mop di luar. Niat balik makan tengah hari terbantut sudah, si bapa masuk dalam bilik melabuhkan kepala. Tak sampai lima minit terdengar bunyi ketukan pintu bilik. Si anak yang mengetuk.

Anak: "Ayah nak ke CC boleh?"

Bapa: "Aduhai! Aku menyanyi ke...aku marah tadi ni?"

Satu hari di cuti sekolah.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
17/12/13.

No comments:

Post a Comment