koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday 18 December 2013
TAMPUK KUASA
Aku ingin jadi Gengis Khan
mengganas tapi berkepimpinan
dalam menakluk dunia tanpa sempadan
yang lemah akan terkorban
kepala mereka kujadikan pameran
tapi!...aku takut, hatiku pengecut
seperti juga Gengis Khan
kepalaku nanti turut terlucut
dijadikan piala; dipamerkan
bila nanti terpamer ruang kelemahan.
Aku juga ingin jadi seperti Hitler
'Hail Hitler'
gila dan bernafsukan kuasa
seluruh dunia tunduk padanya
dengan kekuatan senjata
benua Eropah senyap tidak bersuara
menikus lagaknya
tetapi!...itu hanya sementara, tidak selamanya
seperti juga Gengis Khan
Hitler turut kehilangan nyawa
tapi bukan di tangan mereka yang dianiaya
nyawanya diambil sendiri.
Ahhh, penat!
Harus bagaimana, ingin aku tunjukkan kuasa?
...sedangkan pepatah ada berkata
berbuat baik berpada-pada
berbuat jahat jangan sama sekali
kerana apa yang naik akan jatuh juga
lambat atau cepatnya
tunggulah lima tahun lagi
pejam celik lamanya.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
18/12/13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment