Sunday 1 December 2013

UJIAN ATAU DIPERBODOHKAN.


Kita sering diuji;
kekadang kita sendiri
tidak menyedari.
Ujian yang bertali arus
selama hayat
masih dikandung badan.

Ujian dari Ilahi
adalah ujian tentang ketakwaan
tentang ketahanan seorang hamba
dalam menghadapi kerumitan
juga tentang sifat riaknya manusia
bila menerima; berita gembira.

Ujian dari manusia pula

lebih kepada ujian manusiawi
acap kali manusia diduga tentang kesabaran
akan kerenah manusia itu sendiri
yang banyak tipu muslihat
menjengkelkan.

Ujian dari seorang guru

selalunya menguji pengetahuan anak murid
mahu melihat sejauh mana ilmu
menyerap ke dalam minda seorang pelajar.
Tetapi adakalanya seorang guru
kerap, atau boleh juga saya katakan 

suka memperbodohkan minda anak murid

dalam apa yang boleh dikatakan 
bengkel pembelajaran
di alam maya yang penuh kekaburan
yang tidak pernah terbukti 
erti kejujuran.

Tak percaya?

Lihatlah dengan lebih mendalam 
drama kelas percuma
di alam maya ini.
Di manakah keikhlasannya? 

Cubalah tanya diri sendiri.


Sazalee Sulaiman ... 01/12/2013

Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment