Sunday 12 January 2014

RENUNGAN KEDUA


Kejayaan tidak datang bergolek, kejayaan datangnya dari usaha yang keras dan bersyukur dengan pencapaian dan ilmu yang kita kecapi dan kita miliki.

Dalam berbahagi ilmu terkadang kita selalu berdebat dalam mengeluarkan apa yang kita tahu dan dari sudut ilmu serta pandangan yang kita punyai. Berbalah dalam memberikan pandangan adalah satu perkembangan yang sehat kerana masing-masing memberikan kupasan dan pandangan dengan cara masing-masing. Itulah perkongsian ilmu.

Tetapi perbalahan akan menjadi tidak sehat apabila dalam kita berdebat memberikan pandangan kita tergelincir dari landasan ilmuan dan jatuh ke kancah tunjuk-menunjuk dan rendah-merendahkan ilmu seorang yang lainnya. Dalam erti kata lain memandang rendah kebolehan seseorang sehingga merasakan hanya kita sahaja yang lebih berilmu. 

Ketidak muafakatan adalah satu kebiasaan di dalam kehidupan manusia tetapi janganlah sampai menjadikannya alasan untuk mencipta permusuhan. Perkembangan ini tidak sehat kerana akan menjerumus ke kancah hina-menghina dan merendahkan martabat seseorang. Dan dari situ timbul permusuhan. 

Perbalahan ilmu adalah untuk mempertingkatkan kefahaman, ilmu kita dan berkongsi ilmu yang lainnya untuk kita terapkan dan gandingkan ilmunya. Bukannya peluang untuk kita menunjuk ego dan riak di dada.

Bersamalah kita menuju kejayaan dengan perkongsian ilmu bukannya menuju kejatuhan dengan menimbulkan perbalahan ilmu yang membawa permusuhan berkekalan dan dalam erti kata lain, lebihkanlah 'PROFESIONALISMA' .

Renung-renungkanlah.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
12/01/14.

No comments:

Post a Comment