Recent Posts

Friday, 28 February 2014

GURINDAM: GELORA.


Kerana rindu disapa belum,
kerana nafsu lidah terkulum.

Tangan bergari kaki berantai,
tangan di hati mengintai-ngintai.

Duduk di bangku aku mengelamun,
duduk beradu bangunku mamun.

Urat belikat ditambat pasung,
urat disakat rindu berusung.

Mentari merah datang menduga, 
mentari berdarah panji si naga.

Di subuh sunyi kupetik embun,
di subuh mati sawang menimbun.

Kaki melangkah hayunan lemah,
kaki disimbah bayangan rumah.

Kupandang alam bayu membelai,
kupandang tilam jiwa terkulai.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
28/02/14.

No comments:

Post a Comment