Recent Posts

Monday, 17 February 2014

SYAIR BIDAN TERJUN


Satu hari di pagi Khamis
nak kucerita kisah hampir tragis
si bidan terjun syair kupuitis
kerana api, kurempuh-kukuis

hari ini di dalam sejarah
tigabelas Februari tidak berdarah
termakan asap dadaku parah
tidur tak lena batuk membarah

kerja pak jaga bertukar sudah
baju yang biru kelabu sudah
mengeletar kaki bukan kuhisap dadah
kerana mabuk asap tak sudah-sudah

bilik terbakar dipanggil bomba
bomba pun datang berlumba-lumba
katil dan tilam bertukar rupa
saiz yang besar separuh tinggalnya

ada yang prihatin menghulur air
dada gelora degup jantung bak petir
senyuman manis jelas terukir
dipanggilnya aku 'hero', lututku cair

lembutnya tangan si anak dara
mengurut dada pengsan kuberpura
di hati seronok tidak terkira
bagai kena 'Jackpot' dollar Singapura

ingin kuakui agar tiada mengutuk
tidur tak lena bukan hanya kerana batuk
tapi tak lena angau mengetuk
penangan si dara aku terlentuk.

Jangan marah ya!
Yabedabedoooo.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
17/02/14.


No comments:

Post a Comment